Tak Sabar Oi

Assalammualaikum. 

Ok hari ni aku nak bercerita pasal trip. Hah ni lah 1st time aku pergi trip jauh (takdelah jauh sangat, Penang je) selain dari family. Aku nak pergi Penang dengan member aku. Kiranya 2 orang. Banyak halangan terpaksa ditempuh. Mula mula plan nak pergi ala ala backpackers macam mat saleh kita tengok kat sini. Bawak beg besar gedabak lepas tu jalan jalan. Ni adalah 1st time juga kitorang pergi melancong. Kiranya nak dapatkan experience lah kata orang. 

Tarikh yang kitorang pergi ni 30hb bermakna hari Isnin ni dan maybe akan celebrate New Year kat Penang. Mula mula plan nak naik train KTM yang sampai Butterworth tu tapi excited punya pasal, kitorang dengan takde rasa bersalah langsung selamber je booking hotel dulu tanpa menghiraukan yang tiket KTM tak beli lagi dengan alasan 'alaa rasanya tiket memang ada. Takkanlah KTM satu train je pergi Butterworth. Mesti banyak punya train'. Last last ni mendapat! Hotel dah book tapi tiket train habis! Rasa down sikit lah juga masa tu. Memang nak cancel dah trip ni tapi fikir hotel pun dah book, dah bayar dah pun, nak tak nak kena pergi juga. Dengan akak kaunter KTM yang macam nak tak nak layan. Serius customer service KTM teruk. Yang bahagian Seremban lah. So kitorang dah plan nak sewa kereta 2 hari and gerak dari Seremban. 1 hari = RM90. Dapat Viva. So nak tak nak budget awal dah lari sikit. Tapi takpe lah disebabkan ni 1st trip, dapat belajar apa yang silap. So doa doa kan perjalanan kami selamat ye. Inn shaa Allah. 

Ok untuk yang siapa siapa yang baru nak belajar macam mana nak cari hotel, ni aku ada 2 website yang useful and convenience. Kalau korang nak melancong overseas pun boleh usha usha hotel kat sini. Tengoklah korang nak yang berapa bintang. Lagi banyak bintang di belakang, lagi banyak ongkosnya. Kekekeke. 

               1) http://www.agoda.com/

               2) http://www.hotels.com/


P/s : Nanti aku cerita pulak bila dah sampai Penang kat next entry. 

Comments

  1. singgah sini... jalan jalan.... macam nak tau je ape berlaku seterusnya.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Total Pageviews