Kegilaan

Assalammualaikum.

Apa khabar anda semua? Sihat sihat belaka? Saya disini sihat alhamdulillah. Mari kita panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernafas lagi. Alhamdulillah. Itu dia sedikit sebanyak mukadimah aku ye. 


Tajuk ni memang kegilaan atau boleh aku kategorikan sebagai addicted jugak lah. Sebabnya sekarang ni aku dah addicted buka website online shopping. Kau gila! Hah nampak kan dimanakah taraf aku sebenarnya. Kihkihkih. Buka zalora, buka lazada, rambang mata woiii. Yang zalora ni manjang tak habis habis bagi aku voucher lah diskaun lah. Aku tak pernah lagi beli barang secara online. Tapi setelah proses proses yang patut dilakukan aku dah buat, takde lah sesusah mana. 

Untuk siapa siapa yang tak tahu macam mana nak start online shopping, meh sini aku boleh tunjuk ajar mana yang aku tahu. Dulu aku pun noob macam korang jugak. Semua google. Setel. Kalau aku, aku guna 2 cara untuk online shopping ni. First, aku guna online banking. Tapi aku recommend, korang buat CIMB clicks ataupun Maybank2u sebab dua benda alah ni lah paling femes dan banyak digunakan. Macam aku, aku guna bsn. Hah hambek kau celah mana pakai bsn. Wakakaka. Sebab aku takde CIMB Clicks dengan Maybank2u, aku mula mula akan activate online banking kat kad bsn aku dekat atm je. Lepas tu buat apa yang dia suruh. Lepas dah activate kat atm, kena masuk website http://www.mybsn.com.my/ and register lah kat situ. Follow je apa yang dia suruh.



Satu lagi cara, aku guna Paypal. Paypal ni macam orang tengah untuk deal barang yang engkorang beli tu. Paypal ni memang meluas dan 1 dunia pakai benda ni. Dan paypal ni juga selamat. Engkorang jangan lah risau. Tapi Paypal ni akan ambik cas sikit dari barang yang korang shopping tu nanti macam 3% ke 4% ke. Macam tu lah. Kalau tak cas, Paypal buat amal jariah. Kekekeke. Masuk website ni, dan sign up. https://www.paypal.com/my/ 


Tapi pesanan aku, jangan sampai addicted dah le. Kikikiki

Comments

Total Pageviews