Hidup Yang Semakin Menekan

Assalammualaikum,

Rasanya dah berhabuk blog aku ni. Lama gila kata ko tak update. Busy lah busy lah. Kihkihkih. Tiba tiba semangat dah membuak buak nak buat blog balik. Maklumlah blog kan boleh menjana pendapatan. So korang promote lah blog aku ye pada kawan kawan korang. Lepas tu traffic aku tinggi, banyak iklan dapat, lepas tu aku dapat duit. Lepas tu apa? Lepas tu ucaplah Alhamdulillah. :)

Makin nak masuk tahun baru ni, makin banyak pulak benda/barang yang semakin naik. Betul lah kata pujangga yang kini tersebar meluas di internet, 'Kat Malaysia ni semua benda naik, hujan je yang turun'. Benda betul. Realiti. Tadi aku baru je habis lepak kedai mamak kat area Senawang. Aku order teh o' ais limau. Diulangi, teh o' ais limau. RM 2.00! Mentekedarah apa teh o' ais limau sampai RM 2.00 mamak tu tekan. Aku bukan order teh o' ais lemon. Mungkin ada sesetengah korang mungkin akan cakap 'alaa setakat RM 2.00 apalah sangat'. Bagi aku tu memang melampau harga dia,

Yela sejak aku dah guna duit sendiri nak beli barang keperluan asas aku, isi minyak kereta, aku memang terasa kenaikan harga barang kat Malaysia ni termasuk lah harga minyak. Sakit woii! Dulu masa kecik kecik, 50 hinggit besar nilai dia. Sekarang try bawak 50 masuk Giant/Tesco. Tengok berapa banyak barang boleh isi dalam troli tu. Dan cuba guna duit sendiri. Barulah anda tahu betapa sakitnya dan sedikitnya nilai 50 hinggit tu. Itu pasal lah hari ni sampai ada orang terpaksa 'curi' roti untuk makan! Manusia sanggup buat apa saja asalkan dapat hidup. Bayangkan kejamnya dunia ni. Bagi orang yang senang, anda tak terasa sangat macam mana golongan bawah dan pertengahan atau lebih mesra dipanggil 'golongan marhean' sara kehidupan mereka setiap hari. Dan ingatlah harga barang kalau sekali dah naik, akan teramatlah susah untuk turun. Adakah dunia terlalu kejam untuk kita? Fikir fikirkan. :)

Comments

Total Pageviews