Pengalaman Kerja di LPPKN

Assalammualaikum


Waktu entri ni ditulis, tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan dengan temanya tahun ni 'Sehati Sejiwa'. Buat pertama kalinya, kerajaan tidak lagi menggunakan perkataan 'Hari Kemerdekaan' dan menggugurkan bilangan ke berapa kemerdekaan bagi menghormati Sabah dan Sarawak. Semua sedia maklum yang Sabah dan Sarawak tidak mendapat kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957 dan tarikh 16 September setiap tahun kita akan mendapat cuti umum iaitu cuti Hari Pembentukan Malaysia selepas ia baru dilaksanakan beberapa tahun yang lepas. Jadi itulah kesimpulannya kenapa perkara ni dilakukan. 







Okay berbalik pada tajuk, ni nak cerita sikit lah pasal pengalaman kerja yang tak seberapa ni. Hahaha. Selepas je resign di JPNS, dapat lah offer dari LPPKN so untuk cari experience baru dengan working environment baru, dengan secara hati terbuka accept this opportunity. LPPKN ni under Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan aku dapat position as Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27. 






First and foremost, bila masuk je kat sini, apa yang boleh cakap tempat kerja kat sini cantik. Hahaha. Sebab before this, tempat yang aku kerja bangunan dia bercampur dengan pelbagai agensi tapi it's different kat sini sebab LPPKN ni adalah bangunan dia sorang. Bangunan besar macam tu tapi staff lebih kurang 30 orang je. 


Tugas aku kat sini aku kena handle projek '1 Azam'. 1 Azam ni ialah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan miskin & miskin tegar dari segi perniagaan dan perkhidmatan. Bantuan 1 Azam ni diberi pada kelompok yg disebut tadi dari aspek peralatan dan fizikal bukan berbentuk wang ringgit. For instance, ada sorang ni nak berniaga burger, so through 1 Azam, LPPKN akan provide barang-barang macam kuali burger, stall yang boleh bergerak tu, sudu, garpu and all that. 


Next, di LPPKN kat Seremban 2 ni ada Klinik Nur Sejahtera dan Kafe @teen. Klinik ni lebih kepada family planning dan juga boleh buat untuk pemeriksaan Mamogram. Mamogram ni ialah pemeriksaan kanser payudara. Kafe @teen ni pula tempat pengumpulan remaja untuk mengelakkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Boleh study, menggunakan perkhidmatan internet and lain lain. Kafe@teen disediakan hampir semua pusat LPPKN negeri masing masing.













Inilah dia Kafe@teen di LPPKN Seremban 2. Cool je kan?











Gambar bawah ni masa program Jati Diri anjuran Kafe@teen untuk pelajar sekolah menengah. 







Comments

Total Pageviews