Pekerja Sambilan Harian di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Assalammualaikum
Ok sekarang ni aku baru je ada masa nak update blog. Semangat punya pasal, satu hari 2 entri aku buat. Ok sekarang ni aku nak cerita pengalaman kerja, mana tahu boleh jadi panduan untuk siapa siapa kat luar sana. Status pekerjaan aku kat sana hanya 'Pekerja Sambilan Harian' atau PSH dalam sektor kerajaan. Dan jawatan aku adalah Pembantu Tadbir N17 dengan gaji RM54 sehari. Maknanya di sini, gaji aku dikira berdasarkan bilangan hari aku bekerja. Jika aku tak kerja pada hari tersebut, maka memang takde gaji untuk hari tu. Dalam pada masa yang sama, status PSH ni tak melayakkan individu tersebut mendapat elaun elaun tetap kerajaan seperti Elaun Sara Diri, Elaun Perumahan etc. Tetapi tuntutan perjalanan masih boleh di buat. Maknanya, sepanjang 3 bulan aku kerja, aku hanya ambil gaji pokok saja. Tapi KWSP masih dipotong. Jangan risau.
Untuk makluman, di sektor kerajaan, gred akan menentukan level position anda. Contohnya aku sendiri. Jawatan aku adalah Pembantu Tadbir N17 iaitu untuk peringkat SPM. Gaji PSH untuk peringkat SPM adalah sebanyak RM54 sehari, Diploma RM72 sehari dan Ijazah RM100 sehari. Di JPNS, banyak sektor di situ. Aku di bawah Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Di bawah unit Penilaian, ada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang menguruskan peperiksaan awam untuk peringkat lepasan sekolah menengah seperti Malaysia University English Test (MUET), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Associated Board of the Royal School of Music (ABRSM) etc.
Dan di bawah unit peperiksaan, ada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang menguruskan peperiksaan awam di sekolah sekolah di Malaysia seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) etc. Jadi segala permasalahan yang timbul berkenaan dengan peperiksaan, boleh dirujuk pada Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Dan masalah yang paling famous adalah 'cik, sijil saya hilang lah. Macam mana saya nak ambil balik eh?'. Hehehe
Okay habis dah berkenaan dengan JPNS. Dua hari lepas dari tarikh entri ni ditulis, adalah hari last aku bekerja untuk JPNS. Sekarang ni aku bekerja di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27. Baru je kerja ni. Skop kerja pun tak tahu lagi. Takpe nanti ada masa aku kongsi ye.
Assalam saudara, mcm mna yer nk apply utk PSH di JPNS
ReplyDeleteAssalam saudara, mcm mna yer nk apply utk PSH di JPNS
ReplyDeleteSalam. Blh tahu mcm mana en applu utk PSH?
ReplyDeleteBoleh tahu soalan yang ditanya semasa interview??
ReplyDelete