Tanah Tumpahnya Darahku...........


Assalammualaikum semua!!
          Khamis hari tu adalah perlawanan yang terakhir buat pasukan Malaysia dalam slot ke World Cup 2014 di Brazil..Hampir 90,000 penyokong tak kira lah yang sokong Red Warriors la, Red Giants la..yang penting semua nak bagi support buat player-player kebangsaan menentang Singapore..
         Ok sebelum tu, kat sini aku just nak bagi pandangan aku je la..aku tak kisah orang nak cakap kat aku tak patriotik ke apa ke..tapi ni la realitinya dalam bola sepak negara kita..Ok pada pandangan aku la, Malaysia sebenarnya tertekan sebab nak kejar defisit 2 gol tu..Bagi aku bukan mudah kalau nak dapatkan 2 gol tu dengan taktik kotor yang dilakukan player-player Singapore..Tapi tu semua tak mustahil kalau ada semangat berpasukan..
          Lagi 1, Malaysia tertekan dengan harapan berjuta rakyat yang nak kan kita pergi next stage kalau kita lepas dengan Singapore..Bagi aku, perlawanan pertama kat Stadium Jalan Besar, Singapore tu sangat-sangat mengecewakan..Keeper macam baru jadi keeper..tak ada langsung semangat nak save bola..just tengok je..pertahanan sangat-sangat lemah..gol last yang dijaringkan oleh Alexsander Duric tu boleh dikatakan mudah bagi seorang pertahanan menghalang bola tu masuk..ye betul, bukan mudah bermain dengan padang sintetik @ artificial field..bola lebih laju dari rumput biasa..
          Dan bagi aku, malam Khamis tu, hanya 2 player ni saja aku rasa yang konsisten main..Khairul Fahmi Che Mat dengan Safee Sali..

punca-punca Malaysia gagal : 



  1.  player-player Malaysia tertekan nak kejar defisit 2 gol

  2. perkara basic dalam bola - tahan bola pun tak boleh..player Singapore tahan bola semua melekat..

  3. selalu menggunakan long pass iaitu bola tinggi - ketinggian dan tumbesaran player Malaysia dan       Singapore berbeza..anda boleh menilai dengan sendirinya bukan..

  4. tidak menggunakan hantaran-hantaran pendek @ easy game..player kita bijak dan boleh baca pergerakan antara 1 sama lain..tapi mereka tak gunakan tapi sebaliknya terus nak carik gol macam orang gila main bola..terus hantar jauh..macam la player kita ni tinggi macam Peter Crouch..

  5. Tertekan dengan taktik kotor Singapore..sengaja melambat2 kan game..

  6. Memberi 'peluang' Ismail Faruqi menjana bahagian tengah dan kemasukan Muslim Ahmad..tak hidup langsung..sorry to say bro!

  7. Taktikal yang tak menjadi oleh K.Rajagobal..

So, jalan penyelesaian nya ialah ikut cara BARCELONA main! iaitu TIKI-TAKA!
 

nah ambik link ni dan hayati lah dengan rasa ketaksuban..

http://www.youtube.com/watch?v=QrrnjpJC5FM

nantikan entri aku pasal TIKI-TAKA ye..chowww Assalammualaikum!!

         

Comments

Total Pageviews