lagu-lagu yang seusia mak bapak korang

Assalammualaikum..

Entri kali ni aku nak cerita pasal music..Music ni macam-macam genre ada..Ada yang metal rock, punk rock, slow rock, nasyid, jazz, R&B la bagai semua..senang cerita macam-macam jenis ada..Ikut korang je nak layan lagu apa..

Tapi sejak 2 menjak ni, aku tengok budak-budak sekarang suka naaa dengar lagu macam clubbing-clubbing tu (sebenarnya dah lama dah pun)..kebanyakkan kalau aku naik kereta member-member aku, dorang akan bukak radio hitz.fm la, fly.fm la dan seangkatan dengannya..itu baru korang dengar lagu dia..belom tengok lagi dorang punya video clip lagi tu..mau meleleh air liur korang..silap-silap korang sedut balik air liur tu..eiieeee..kebiasaannya perempuan dalam video clip tu akan pakai baju yang boleh menampakkan lurah dendam dorang..suka la tu hahahahahaha..

Tapi bagi aku, aku memang tak boleh nak masuk dengan lagu-lagu macam tu..taste aku sejak dari azali lagi memang ditakdirkan dengan lagu slow-slow..aku paling suka lagu-lagu dari Bryan Adams, Keith Urban,Westlife, Shania Twain, Michael Learns to Rock, Richard Marx..banyak lagi la yang aku suka..dan aku suka lagu-lagu 70's and 80's..nampak selera aku macam ayah ngan mak korang kan..pedulik hape aku..hahahahaha..takde la..bagi aku lagu macam ni la baru best..sedap je halwa telinga nak dengar..hahahahahaha..takde la macam kelam-kabut je lagu clubbing-clubbing tu..nak tido pun tak jadi kalau dengar lagu macam tu..dan kalau dalam kereta, aku akan bukak radio Lite.fm..ni semua bapak aku punya kerja..dia yang influence aku dengar lagu-lagu 70's, 80's ni sebab kalau dia buat kerja kat rumah, secara automatik telinga aku akan dengar lagu-lagu macam tu sampai la aku tersuka jugak..hahahahhaa..aku pun suka kat Radiohead dengan Green Day!!



Kalau nak ikutkan, penuh jugak la dalam laptop dengan Mp aku ni dengan lagu-lagu yang aku cakap tu..aku bukan lah nak cakap aku tak layan lagu Melayu, tapi kalau ikutkan lagu Melayu yang betul-betul aku layan just Allahyarham Sudirman je..Lagu-lagu Melayu sekarang semua syok sendiri..lirik tah ke mana..melodi lagi la hancus..lagi-lagi Hujan tu..pergghh suara dia sedap gileerr macam siput babi..kalau nyanyi macam tu, bangla jual karpet pun boleh jugak..tak heran la korang kena fuck puji!!

Ni aku nak cerita sikit ni..Masa form 5, sekolah aku ada buat Battle of the Band..so budak-budak class aku termasuklah Ashton Kutcher a.k.a. aku ni decide nak buat band..hahahahaha..undi punya undi, band kitorang terpaksa menjadi opening act atau diundi no 1 untuk perform..dah la sorang pun takde experience masuk band (aku dulu pernah la jugak jadi vocalist nasyid sekolah lama aku dulu)..dah la simple nak mampos kitorang perform..dalam band ni pun aku jadi vocalist jugak..(aku rasa band aku la band yang paling noob sekali)..dengan takde apa-apa, aku dengan band aku terus je masuk start lagu sampai lah habis..kalau korang nak tau lagu apa kitorang bawak, korang dengar lagu ni -Macy's Day Parade_Green Day..

Last sekali, korang tau tak, band aku dapat no 3..woohoooooooo menjerit aku dengan member aku..tak sangka giler seyh..daripada 10 band, kitorang dapat no 3..bangga tak bangga la wei..siap dapat piala lagi sorang satu..tak kisah la walau kecik pun..yang penting aku no 3..aku pun tak tau sebab apa aku boleh dapat no 3..(mungkin sebab muka aku ada iras-iras Ashton Kutcher) mungkin? siapa tau kan..hahahahaha

                                          dari kiri : aku (vocalist), ijat (lead guitar), gan (drummer), rais (rhythm                         guitar), imman (bassist).

Ni lah band aku..Nama diberi Do Re Mi..tapi dah takde dah..dibubarkan sebab ada antara kitorang dah kahwin kat Golok, jadi postman sepenuh masa dan macam -macam lagi..Aku pun busy dengan shooting aku lagi..tak boleh nak bagi komitmen..

Ok itu sahaja entri kali ini..Assalammualaikum, peace!! Selamat Berpuasa :)

Comments

Total Pageviews