Selamat Pagi, Broga Hills


Assalammualaikum

Jam tepat pukul 7.05 pagi dengan kopi kat sebelah, aku rasa ni waktu aku yang paling free memandangkan hari lain sibuk dengan kerja. Dan waktu yang sesuai nak kongsi gambar & cerita pergi ke bukit yang tak asing lagi dan makin famous hari demi hari iaitu Broga Hills.


Tak dapat dinafikan, memang ramai sebenarnya dah pun pergi Broga ni & mungkin ada yang berpuluh kali jejak tempat ni. Tapi ini first time aku pergi Broga walaupun takdelah jauh sangat kalau nak dikira dari rumah. Mungkin aku ada medium nak kongsikan pengalaman, meh sini abang nak cerita pengalaman naik Broga Hills walaupun ada antara korang mungkin cakap 'ala Broga je kot'. 





Bergerak tepat jam 5.33 pagi, hari Sabtu. Pada awalnya, plan nak pergi waktu petang sebab nak tengok sunset tapi ada masalah yang tak dapat nak dielakkan, kami pergi belah pagi nak tengok sunrise.


Sekali sampai, punyalah banyak kereta. Dah expect sebab pergi weekend, memang confirm ramai. Tapi takpe, gagahkan juga nak naik. For those, yang tak pernah pergi, aku recommend bawa torchlight & jangan guna lampu handphone sebab bateri akan cepat habis. Sampai atas, nak tangkap gambar dah tak dapat. Torchlight sangat membantu okay! 








Jalan agak mencabar kalau siapa yang baru berjinak-jinak dengan hiking ni. Tapi kalau tanya pada otai-otai hiking, it's not a big deal for them. Broga Hills ni kalau ikukan takde lah tinggi mana pun. Lebih kurang 400 meter dari paras laut. Bila masa naik tu, terpaksalah tunggu giliran sebab ramai orang. Tapi yang bagusnya, kalau ada part  mendaki yang agak bahaya, dorang dah provide kan tali untuk pegang. Lepas tu, bau tangan korang. Fuhhhhhh 



                                      



Satu lagi tips, sebelum nak naik tu buatlah sikit light warming-up untuk 'kejut' kan otot-otot tu. Ini bukan soal semangat atau tak, ini soal diri anda. Kalau nak rasa sengal-sengal kat otot yang anda akan rasa 3-4 hari tu, tak payah lah buat. 


Tapi personally bagi aku mencabar masa nak turun sebab nak effort tu lebih sikit dari mendaki. Iyelah nak kena main break guna kaki sebab tanah tu licin. Kalau tak, mengelongsor lah kau kat situ. 








Rasanya dalam 40 minit juga kot mendaki nak sampai atas. Alhamdulillah masih selamat lagi orang cakap. Gagahkan juga diri sebab ni first time aku hiking. Sampai je atas, punya lah ramai orang. Semua nak tunggu sunrise. Macam-macam ragam ada. 


Masa sampai tu, memang tak nampak apa kat bawah. Awan & kabus je. Sekali dengan lampu jalan. Agak jarang dapat view macam tu. Tapi part yang aku suka pasal Broga ni ialah bukit yang bahagian atas. Macam gambar kat bawah ni. Pernah tengok The Last Samurai? Yang Tom Cruise berlakon kat Jepun tu. Sebijik macam kat Kyoto. Rumput macam karpet.








Macam biasa, jangan expect naik bersih, turun pun bersih. Kaki aku siap tersagat juga lah kena batu sebab tergelincir. Habis je kalau haus, kat bawah tu ada orang jual coconut shake tapi tak pasti berapa harga dia. Makan pagi pun ada kat situ. 


Sampai rumah, sengal-sengal kat kaki especially, terasa sampai 3 hari. Sebenarnya ada video tapi tak sempat nak edit. Banyak sangat. 


Overall, seronok juga lah pergi & dapat pengalaman baru. Kalau yang tak pernah pergi tu, cuba lah sekali. Kalau yang selalu pergi tu, datang lagi. Ngehhh.















Comments

Total Pageviews