Korban Tanjung Tuan
Assalammualaikum
Macam macam jenis pokok yang tak pernah jumpa. Tapi sebenarnya ada je pokok yang agak selalu nampak bila lalu tepi hutan tapi tak tahu nama sainstifik dia je. Tapi kawasan ni boleh kata agak sunyi dan kalau ada yang nak naik, aku suggest untuk lelaki 2 orang rasanya dah cukup tapi kalau untuk perempuan, 4 orang dan ke atas okay lah. Sebab bukan apa, korang akan masuk hutan lipur which is korang tak tahu pun haiwan apa akan ada.
Sebab aku pun on the way nak ke puncak rumah api tu ternampak ular daun. So make sure mata kena macam helang sikit. Beware!
Raya Haji lepas aku dengan member macam biasa menghabiskan hari raya kami dengan perkara yang boleh dikatakan mencabar minda, mental dan fizikal. Yes fizikal! Sebab penat nak mendaki. Kami pergi ke Rumah Api Tanjung Tuan yang terletak di Port Dickson.
Uniknya mengenai Tanjung Tuan ni ialah lokasinya. Kalau dekat wikipedia mengatakan Tanjung Tuan ni sebenarnya kat Negeri Sembilan tapi di bawah pentadbiran negeri Melaka. Tapi masa aku masuk pun ada papan tanda tertulis 'Anda Kini Berada di Sempadan Negeri Melaka'. Ala yang macam korang biasa tengok kat tepi highway kalau dah masuk negeri lain tu.
Sebenarnya plan nak ke Rumah Api Tanjung Tuan ni pun impromptu plan sebab mulanya kami jalan jalan cari makan je tapi disebabkan tengah bawa camera, jadi perah idea kejap fikir kat mana tempat kat area PD yang tak pernah lagi explore, so muncul lah Rumah Api Tanjung Tuan.
Bayaran masuk pun tak mahal, RM 2 je satu kepala. Disebabkan nak naik rumah api ni unplanned, maka terseksalah sikit sebab dengan hanya berbekalkan seluar pendek yang sangat tak selesa dan hanya selipar jepun, merasalah padah bila kena mendaki jalan yang memang terasa naik bukit walaupun jalan tar.
Dan dengarnya kalau nak naik sampai ke rumah api ni ada 2 cara. Satu cara Novice, iaitu macam cara yang aku buat lah. Naik ke puncak lalu jalan tar yang kalau ikut meter adventure dia hanya 2/5. Dan lagi satu cara lalu betul dalam hutan tapi ada lah jalan yang dorang dah buat. Itu maybe lagi thrill kot.
Sebab aku pun on the way nak ke puncak rumah api tu ternampak ular daun. So make sure mata kena macam helang sikit. Beware!
Bila dah sampai puncak rumah api tu, sayang beribu kali sayang. Gate nak masuk rumah api tu kunci. Tak tahulah admin kat sana memang tak kasi public masuk dalam rumah api tu ke, I don't know. Jalan lah keliling rumah api tu dan belakang tu view memang cantik. Nampak laut je. Tenang fikiran.
Okay itu sahaja review aku pasal Rumah Api Tanjung Tuan. Rasa kalau nak pergi, try lah. Bak kata KJ, 'come on, take a shot'. Hahahaha. Chow!
Comments
Post a Comment