Jom Main Air?

Seronok tengok budak budak kecik main air. Apa perasaan budak kecik bila dorang dapat main air? Adakah sama perasaannya macam orang dewasa lepas gian main snooker atau karaoke? Kenapa aku cakap main snooker atau karaoke? Sebab dua benda alah ni lah yang membuatkan orang dewasa atau kita ni lupakan sekejap masalah kat luar sana betul? Sebenarnya banyak lagi benda boleh buat as long as benda tu baik lah. 






Budak kecik ni memang takde masalah sebenarnya, yang masalahnya pada mak bapak dorang sebab nak kena handle karenah dorang. Yang budak kecik fikir nak main, nak main, nak main. Lepas tu baru lah jatuh nak susu ke lepas tu nak tidur ke. 



Bila captured gambar budak kecik ni, kita as a photographer tak boleh nak paksa dorang suruh buat posture badan, senyum ke ataupun mengikut arahan kita sebab dorang adalah budak kecik. The best part bila kita captured gambar budak kecik, itu lah gambar yang paling jujur kita akan dapat. Sebabnya macam diberitahu tadi. Bestkan jadi budak kecik?

Comments

Total Pageviews