Karnival Bola Sepak 1MCC Negeri Sembilan
Assalammualaikum
Sabtu yang lepas telah berlangsung Karnival Bola Sepak 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) bahagian Negeri Sembilan. Sebagaimana kita tahu karnival 1MCC ni agak popular sebab dah pun keluar tv Astro Arena tapi itu di bahagian Kuala Lumpur tapi bahagian Negeri Sembilan baru sahaja berlangsung untuk kategori umur bawah 12 tahun.
Dan saya sebagai assistant coach untuk pasukan TMS Old Boys, tugas saya takdelah banyak sangat macam head coach, nama pun assistant jadinya saya membantu head coach dari segala aspek yang coach nakkan. Sebanyak 11 pasukan bertanding dalam karnival ni, jadi ia bukanlah satu hari tetapi lebih kurang sebulan lebih sehingga 12 April 2015. Setiap minggu ada perlawanan dan Sabtu lepas, TMS Old Boys ada 2 perlawanan di mana perlawanan pertama seri 1-1 dengan Bahau Red Steed FC dan perlawanan kedua menang 2-0 dengan NS Soccer Kids 'A' di mana NS Soccer Kids ini di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.
*TMS Old Boys (Putih) vs NS Soccer Kids 'A' (Oren)
Dalam banyak-banyak team, team ni paling unik. Dan berani!
Kenalkah anda pada pemain Arsenal, Francis Coquelin? Ini dia Francis Coquelin Malaysia. *ada lah sikit rupa tu*
Comments
Post a Comment