Pak Cik dan Cucunya Bersama Belon
Assalammualaikum
Style kan tajuk? Hahaha. Macam biasa kebanyakkan gambar gambar saya diambil di City Park, Seremban 2 sebab kat sana memang ramai orang lagi-lagi bila weekend. Bila ramai orang, banyak ragam yang boleh kita tengok. Gambar kat bawah ni dekat kawasan lapang macam padang, memang tempat untuk orang main belon buih. Sekarang ni memang trend kan kat mana-mana mesti ada je orang main belon buih ni. Budak-budak suka lah.
Bila kita perhati gambar ni, banyak kemungkinan boleh jadi. Gambar jelas menunjukkan sorang atok sedang melayan cucu dia main belon buih. Dengan berpakaian baju melayu siap berkopiah, besar kemungkinan atok ni baru balik dari surau/masjid solat asar lepas tu cucu dia paksa pergi City Park sebab nak main belon.
Kedua, atok ni bukan first time main belon dan mungkin dah beberapa kali sebelum ni. Sebab apa? Sebab dia pandai control flow belon tu. Tengok, dia tarik belon tu tak nak panjang pula kan? Hehehe
Itu cuma kemungkinan/kebarangkalian je dalam gambar ni. Yang lain, cuma gurauan. Peace!
Comments
Post a Comment