Penang Trip Part 2

Assalammualaikum.

Kita berjumpa lagi. Sibuk sikit lah hujung minggu ni, pasai tu aku lama tak update part 2 punya. Kehkehkeh. Ok aku baru je dapat gambar dari kawan aku. So nak upload sikit sikit. First, Kuil Kek Lok Si. Cuak juga lah first time nak masuk rumah ibadat agama lain. Tapi yang penting, kita hormat agama mereka. Peace! :)




















Malam pulak, kitorang pergi makan kat Nasi Kandar Beratur. Tempat ni memang femes kat Penang. Kalau korang pergi Penang tapi tak makan kat sini, rugi wooo. Aku ingatkan Nasi kandar beratur ni mungkin strategi dia nak tarik orang datang tapi memang betul orang kalau nak datang sini kena beratur sebab ramai. Tapi yang sayangnya, aku dengan member aku dapat makan lauk yang tak fresh. Maksud dia kat sini, bukan lauk tu tak elok, tapi kedai ni memang buka pukul 10. Tapi siapa yang datang pukul 9 lebih, dorang akan makan lauk yang biasa biasa je. Pukul 10 tepat baru dorang keluarkan lauk yang baru buat. Nak kejarkan masa, kitorang makan lah lauk lama dulu. Tapi kat sini agak mahal juga lah. Aku ambik nasi, sotong 1, udang 1 dengan sayur kubis = RM 10.40. Tapi kuah dia memang terbaik. Terasa rempah kat kari tu. 







Nampak kan beratur orang. Dan nampak jugak kan baju kitorang sama je dari pagi sampai malam. Kahkahkah. Terpaksa pakai baju sama sebab baju tak bawak banyak. Lagi pun, selesa pakai seluar pendek, tshirt. Ni Malaysia dik, bukan Sydney. 

Habis makan, lepak Padang Kota Lama sebab tunggu countdown New Year. Kitorang memang plan pergi Penang sebab nak sambut New Year kat sana. Memang tak mengecewakan. First time datang negeri yang bawah pentadbiran kerajaan pembangkang. Aku ni neutral tapi nak habaq mai satu lah. Kerajaan Penang memang bagus sebab kita selalu tengok kat tv banyak dorang canang yang Penang ni negeri yang tak mesra rakyat, macam macam lah. Aku datang sana, aku sendiri yang tengok macam mana pengurusan dorang. Memang rakyat Penang sayang kerajaan sekarang ni sampai Lim Guan Eng buat lawak masa speech untuk New Year. Dia cakap, 'sempena tahun baru, kita mesti naik kan semangat kita tapi jangan jadi macam pihak lagi satu, bukan semangat naik, tapi harga barang naik semua naik. Tapi kita mesti tunggu lagi 4 tahun untuk pilih kita jadi Kerajaan Persekutuan'. Hahahahahaha! Lagi 1 aku respect, kat Penang ni, dalam berhibur berhibur juga, kerajaan negeri ada buat ceramah agama untuk orang Islam kat sana yang mana penceramah dia Ustaz Azhar Idrus. Respect! Tapi new year ni lah aku tengok Bunkface perform live. Kekekeke sorry gambar takde. 


Habis new year, dalam pukul 3-4 pagi, kitorang keluar kejap cari makan sebab lapar. Lepak kat area Gurney Drive. Ada pantai tepi tu lepak lepak kejap. Tapi yang aku perhati, budak budak Penang ni dasyat bak angggg! Sosial bukan main lagi. Lebih kurang macam budak KL dah. Banyak sangat muntah aku nampak malam tu sampai aku sendiri ada terpijak muntah budak ni. Errgghhhhh. 


Dah dah habis. Esok pulak before balik, pergi singgah kedai Jeruk Pak Ali. Femes kat sini. Sedap gila jeruk dia sebab jeruk pak ali ni tak guna cuka tapi dia guna madu. Tu yang sedap tu. 








Jangan keliru eh. Sebelah kedai Pak Ali ni pun jual jeruk tapi jeruk biasa. Jangan tersalah beli macam aku. Kahkahkahkah. Wajib beli kalau pergi Penang! 

Lepas tu before balik Seremban, kitorang pergi ke Rumah P.Ramlee and Cheong Fatt Tze Mansion. Tapi sayang, Cheong Fatt Tze mansion tu sampai pukul 3 je. Betul betul belakang hotel kitorang stay. Tak dapat masuk, tapi sempat tangkap gambar dari luar je. 























Rumah P.Ramlee



















And otw balik Seremban, singgah le sekejap ke Queensbay Mall. Lepas tu shoot terus balik ke Seremban. Lebih kurang 9 jam perjalanan ke Seremban menaiki Perodua Viva. Hail Viva!!!! Hahahahaha


Gambar gambar selingan : 






















So, bye bye Penang! 




Comments

Total Pageviews