Berkarat Sangat ke Pasar Tu?



Assalammualaikum


Saja nak bercerita sikit hujung minggu ni sebab rasa lama pula cuti sebab raya Cina kan. Dari Jumaat sampai lah Ahad. Hopefully sambung lah sampai Isnin. 


Hari tu aku jalan pergi JB masa one of my friends kahwin kat Pasir Gudang. Memandangkan aku tak pernah jejakkan kaki ke JB, after the event, terus gerak dengan member pergi rayau area sekitar JB. Lalu juga area Danga Bay tapi maybe dah lewat malam so takde apa apa pun. 






Sempat lalu juga depan Istana Johor. Cantik dengan lampu lampu tapi cuak nak ambil gambar sebab banyak polis depan gate masa tu so nikmati dengan mata je lah. Then pergi lah ke Pasar Karat. 


First time je datang, penuh dengan awek awek orang kot hahaha. Jalan depan sikit ada live band. Layan juga brader guitar tu main. Padu. Rayau-rayau sekitar Pasar Karat. Agak ramai juga datang sana malam tu sebab jalan pun agak sesak.










Kira 'hidup' juga lah JB dengan adanya Pasar Karat ni. Macam-macam barang ada jual kat sini including local brand apparel, makanan & minuman hipster. Yang kalau makanan nak nampak hipster ni senang je. Letak cheeeeessseee!!! 


Tapi ada benda yang buat aku kecewa bila datang kat sini. Satunya adalah keadaan jalan sepanjang nak pergi ke area JB ni. Mengikut kawan aku ni, nak ke Pasar Karat kena lalu highway EDL. Jalannya tersangatlah teruk. Ni tak tipu punya. This is based on my experienced. Jalan berlubang-lubang. Tak rata tu jangan cerita lah, memang banyak. Plus, lampu jalan kebanyakkannya tutup.












But overall, JB got places to go out with your friends. Kalau tak best, Singapore sebelah je tu. Terjun pun sampai. 










Comments

Total Pageviews