Mencari Ketenangan

Assalammualaikum.

Cerita ni sebenarnya dah lama dah tapi baru sekarang ni ada masa nak tulis kat blog. Dulu before aku bt blog, aku selalu tengok orang cakap 'sori dah lama tak update blog, busy @ takde masa'. Hellooo kau tu PM ke sampai takde masa. Tapi sekarang ni dah terkena batang hidung sendiri baru aku tau betul jugak cakap dorang. Hehehehehe. Serius ohh takde masa nak update blog ni semua. Ok ok kita teruskan cerita ye. Mencari ketenangan ni takde lah mencari ketenangan betul2 cuma aku ni hah asyik2 kerja so nak carik lah ketenangn sikit bila dah dapat cuti tu. Lama tak jumpa member2 masa belajar dulu so kitorang set time and gather sama sama kat shah alam. Dorang kena ikut hari aku tetapkan sebab aku kerja. Tempat kerja aku ni bukan main susah nak dapat cuti. Banyak benda dah plan tapi semua cancel last minute.  






Nak pergi Sungai Gabai tapi tak jadi sebab hujan. Banyak kes sekarang ni

1st time aku masuk masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Waktu tu kitorang rehat kejap sebab nak solat Maghrib. Lutut aku masa tu tak elok lagi so aku solat duduk jugak la. Ni 1 hal lagi. Lutut aku sampai sekarang ta elok2 lagi sebab doktor ada cakap kat aku, aku kena rest 6 bulan dari buat aktiviti2 berat. Bulan kedua aku dah bantai main futsal. Hahahaha gian dohh. Tapi serius aku rasa sejuk je hati and relax je bila sampai masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz tu. 





Budak Henry Gurney yang baru insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Hahahaha




Comments

Total Pageviews